Saturday 19 February 2011

6 days already ....

So, masuk hari ni dah 6 hari kitorang survive kat bumi asing tercinta ni tanpa Mr. Papa.. Alhamdulillah,seminggu ni berjalan lancar mungkin sebab rutin yg agak sibuk..
Khamis - Adam ada B'day invitation dr kawan baik dia kat kindergarten,Justin dan ini juga first B'day party yg dia pegi ala-ala org bujang which is without parent..dia sememangnya excited seawal dia dapat kad jemputan..And he enjoyed the party excepted bila balik rumah muncung dah panjang sedepa sebab he was the last person yg parent Justin hantaer ke rumah ditambah pulak kat luar dah gelap walaupun sebenarnya baru pukul 6:30ptg.. :D
Jumaat - ada seminar, nine to four tp dekat Uni je pun..
Then today we just stay at home.. planning nak berjalan ke rumah kawan tapi Prof nak jumpa pulak next week since dia dah nak bercuti for 3 weeks(cuti semester pun sebenarnya)
So.. another 24 days to go?? dan sekarang ni kitorang tgh figure out what should/can we do since Business Visa doesn’t allow you to bring your family together.At this point option yg ada..1)Umrah visa atau 2)Another business Visa..
Apa-apa pun insyaAllah..dangan izin tuhan n kalau ada rezeki,dapatlah kitorang menjejakkan kaki kat sana jugak..

Thursday 10 February 2011

Hati Yang Rapuh....

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan